Category Archives: Uncategorized

Lebuhraya Rakyat Kelantan Laluan Machang ke Kuala Krai

Source: Utusan Malaysia, Gambar hiasan dari SuaraGenerasiBaru

Majlis Tawaran Tender Lebuh Raya Rakyat berlangsung di Kelantan Trade Center (KTC) pada 6hb Mei 2014 yg dihadiri oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob; Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah serta Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat negeri, Datuk Hanifa Ahmad dan Pengerusi Kelkon, Wan Ismail Wan Jusoh.

dn_25.1

Here’s the summary:
– Dibina oleh Kelkon Sdn. Bhd. serta usaha sama dengan Afiqah Wira Sdn. Bhd.
– Bermula dari Bukit Bakar Machang seluas 82.7 hektar
– Lebuhraya sepanjang 30.5km, 8 jambatan, 4 flyover, 2 RnR
– Bermula Jun 2014 dan siap dalam masa 3 tahun setengah (2017)
– Pembayaran secara beransur-ansur selama 6 tahun berjumlah RM854 juta
– Tabung Akaun Amanah Lebuh Raya Rakyat mencecah RM3.1 juta

Pertandingan Suara Burung Ketitir Kelantan 2014

Source: FB Pusat Penerangan Pelancongan Kelantan

Quote:
Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan dengan kerjasama Persatuan Seni Suara Burung Ketitir Kelantan telah menganjurkan Pertandingan Seni Suara Burung Ketitir Antarabangsa Kelantan 2014 pada 26 April 2014, Sabtu bertempat di Lembah Sireh, Kota Bharu. Pertandingan ini telah melibatkan lebih 1000 ekor burung termasuklah 200 burung tekukur, 300 burung candik dan lebih 400 burung ketitir dengan pelbagai kategori yang dipertandingkan. Turut Hadir Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan, YB Dato’ Mejar (B) Md Anizam Abd. Rahman dan Presiden Persatuan Seni Suara Burung Ketitir Kelantan, Abdullah Mat Yusof.

Continue reading Pertandingan Suara Burung Ketitir Kelantan 2014