Masjidil Haram di Gua Musang

Source: GMCity

Quote:
Gua Musang bakal menerima sebuah lagi mercu tanda baru apabila Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan bagi pembinaan banggunan baru Masjid Razaleigh di Gua Musang.

Projek berkenaan sudah berada pada fasa kedua mesyarat teknikal yang berlansung di pejabat Jabatan Pembanggunan Persekutuan Kelantan di Kota Bharu.

Reka bentuk masjid yang akan di bina adalah cetusan idea YBM tengku razaleigh sendiri iaitu model Masjidil haram di Makkah.Apabila siap nanti ianya Akan menjadi satu lagi Mercu tanda pembangunan Gua Musang.

P/s – Projek dijangka dibuat di Tapak bekas balai polis lama Gua Musang, Bandar Lama.