new-alam-flora-truck3

Alam Flora @ Kota Bharu

Source: mStar

Quote:
KOTA BAHARU: Syarikat pengurusan sisa pepejal, Alam Flora Sdn Bhd pada Selasa mengerakkan 14 buah jentera serta 15 kakitangannya bagi menjalankan kerja-kerja kutipan sisa buangan dan pembersihan awam sekitar bandar ini sebagai melaksanakan khidmat sosialnya sempena sambutan Aidilfitri ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Zain Hassan berkata, program usaha sama dengan Majlis Perbandaran Kota Baharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) itu adalah program susulan selepas penyerahan sejumlah 320 unit tong sisa mudah alih, sebelum ini.

“Program ini akan dilaksanakan seminggu sebelum dan seminggu selepas raya bagi mewujudkan persekitaran lebih bersih dan terurus sepanjang musim perayaan,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Majlis Bantuan Alam Flora kepada MPKB-BRI di sini, Selasa.”

622 Total Views 1 Views Today

Leave a Reply