IMG_2014052554616

Kota Bharu Cyber Plaza (KBCP)

Kota Bharu Cyber Plaza (KBCP) adalah sebuah bangunan perniagaan 4 tingkat yang dibina oleh PKINK pada tahun 2007.

*Jangan tertukar dgn sebuah lagi bangunan perniagaan yg juga dikenali sebagai KBCP (Kota Bharu City Point iaitu bangunan baru yg menggantikan Pasar MPKB di Jalan Ismail & Jalan Temenggung*)

KBCP ini terletak sebelah KB Mall di Jalan Hamzah. Dahulunya ia diberi nama KB Bazar dan ditukar pada tahun 2010.

IMG_2014052548809

2014-07-07-03-17-44

Walaupon lokasinya strategik, tetapi agak menghairankan kenapa bangunan ini tidak laku dan tidak happening. Terdapat beberapa lot/petak yg diduduki oleh pejabat IT seperti ejoesolution, Darul Digital, dan ada juga 2,3 kedai menjual baju/bundle. Tetapi selebihnya adalah tidak berpenghuni. Terdapat signboard nama kedai terpampang pada petak-petak yg ditutup ini yg menunjukkan perniagaan di situ tidak laku.

Padahal kawasan situ dilalui beribu-ribu pengunjung samada penduduk di Tune Hotel  dan Studio Apartment, mahupun pembeli di KB Mall. Ini belum lagi dikira faktor kampus UiTM yg sangat dekat di mana pelajar-pelajar UiTM pasti selalu berkunjung di kawasan itu.

Peta-petak perniagaan di Tingkat 2 yang lengangIMG_201405256621

 

Terdapat sambungan ke tingkat 2 KB Mall (ke SMO)IMG_201405250579

IMG_2014052543633

IMG_2014052538601

IMG_2014052553292

IMG_2014052520618

IMG_2014052516742

IMG_2014052532303

 

Terdapat juga beberapa petak yg telah diberi surat tindakan undang-undang akibat tidak membayar lesen/cukaiIMG_2014052547882

 

Hanya tingkat Ground Floor yg nampak ‘hidup’ dengan jualan pakaianIMG_2014052510697

Semoga KBCP ini diberi nafas baru seiring dengan bangunan-bangunan perniagaan yg lain, lebih-lebih lagi kedudukannya yg sangat strategik kerana ia dapat memberi manfaat kepada peniaga bumiputra yg majoritinya memiliki lot di situ. InsyaAllah. Wallahualam.

Bereh Boh

1280 Total Views 1 Views Today

Leave a Reply