datukwrigglesworth-2

‘Loyar’ Wrigglesworth

Source: The Malaysian Bar

Datuk HL Wrigglesworth. Ambo rasa ore Koto Baru yg lahir tahun 1980s dan sebelumnya sangat familiar dengan nama mendiang malah ada yg pernah berjumpa dengannya. Tapi ambo agak bernasib malang sbb tak pernah jumpa mendiang, cuma masa kecik-kecik dulu gi main kat taman dan jambatan kayu dalam kawasan rumah beliau bersama saing-saing dan sepupu2. Tapi tak pernah jupok tuan pon.

Mendiang adalah seorang peguam yg sangat tersohor di Kota Bharu sejak tahun 1950an lagi. Mendiang dilahirkan pada 2hb Mac 1918 berasal dari Yorkshire, England dan menjejak kaki ke Kelate pada tahun 1948. Mendiang  yg sebelumnya pernah bertugas di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang telah mengambil keputusan untuk terus menetap di bumi Kelate dengan membeli tanah di Taman Uda Murni pada tahun 1983. Lokasi rumahnya sangat cantik, halaman yg luas, tepi anak Sungai Keladi  dan dibina jambatan kayu berbentuk lengkung. Dan paling menarik, mendiang tidak menghalang sesiapa pun untuk masuk ke halaman dan bermain di situ. Itu lah antara sifat-sifat murni mendiang.

Aerial view rumah mendiang di Taman Uda Murni
Taman_Uda_Murni_Kota_Bharu_Kelantan_-_Google_Maps

Ruang halaman
IMG_2014060357753

 

Ada 2 teori kematian mendiang, salah satunya, mendiang meninggal dunia kerana mengalami penyakit jantung. Sebelum itu, mendiang memang mengalami masalah kesihatan seperti batuk dan sakit dada. Mendiang pernah menjalani pembedahan paru-paru di mana sebelah daripada paru-paru terpaksa dibuang. Satu lagi, mendiang cedera setelah jatuh akibat dipukul oleh perompak yang memecah masuk rumah mendiang. Mendiang meninggal dunia pada pukul 4.50am, 12hb Mei 2006 di Hospital Pakar Perdana. Mendiang tidak berkahwin dan sanak saudaranya berada di United Kingdom. Majlis pengkebumian dihadiri rakan-rakan terdekat dan mendiang disemadikan di suatu sudut di halaman rumah kesayangannya.

Sepanjang hayatnya di Kota Bharu, mendiang menghasilkan buku The Japanese Invasion of Kelantan in 1941 dan kompilasi rencana mengenai budaya dan masyarakat Kelantan dalam buku Glimpses of Kelantan.

Rumahnya di Taman Uda Murni telah dijual kepada seorang akauntan Kota Bharu dan sebahagian hasil jualan berjumlah Rm300,000 telah disedekahkan kepada Yayasan Rotary Club Kota Bharu untuk penajaan pendidikan kepada golongan kurang kemampuan.

Gambar sambutan hari jadi yang ke-88. Mendiang merupakan peguam paling senior di Malaysia

758 Total Views 1 Views Today

Leave a Reply