Category Archives: News

Diskaun Kompaun Parking MPKB

Source: MPKB-BRI

MPKB-BRI mengadakan promosi diskaun untuk membayar kompaun/saman parking yg dikeluarkan oleh pihaknya.

Bagi pembayaran saman pada hari yg sama saman dikeluarkan, bayarannya ialah Rm5

Bagi pembayaran saman yg telah tamat tempoh, bayarannya ialah Rm10 sahaja. Bayaran asal adalah Rm30.

Tarikh promosi adalah dari 30hb Julai hingga 14hb Ogos 2014

-END POST-

Alam Flora @ Kota Bharu

Source: mStar

Quote:
KOTA BAHARU: Syarikat pengurusan sisa pepejal, Alam Flora Sdn Bhd pada Selasa mengerakkan 14 buah jentera serta 15 kakitangannya bagi menjalankan kerja-kerja kutipan sisa buangan dan pembersihan awam sekitar bandar ini sebagai melaksanakan khidmat sosialnya sempena sambutan Aidilfitri ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Zain Hassan berkata, program usaha sama dengan Majlis Perbandaran Kota Baharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) itu adalah program susulan selepas penyerahan sejumlah 320 unit tong sisa mudah alih, sebelum ini.

“Program ini akan dilaksanakan seminggu sebelum dan seminggu selepas raya bagi mewujudkan persekitaran lebih bersih dan terurus sepanjang musim perayaan,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Majlis Bantuan Alam Flora kepada MPKB-BRI di sini, Selasa.”

ECER Halal Hub, Pasir Mas

Source: Halal Park

Bangunan Komersil
IMG_2014072010227

East Coast Economic Region (ECER) Pasir Mas Halal Hub – Pusat Pemprosesan Setempat SBW di Mukim Apam, Daerah Gual Periok, Pasir Mas.

IMG_20140720514

Tapak Halal Hub ini berkeluasan 50 ekar. Tapak tersebut dimajukan oleh Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK). Ia mengandungi:
– Lot Industri (Kilang SME)
– Pejabat Pengurusan
– Incubator
– Pusat Pengumpulan
– Pusat Pameran
– Gudang Simpanan

04_pasirmas_02(1)

20 July 2014 231610 GMT+0800

 

-END POST-