Pak Lan Speaks Deutsch (German)

Syukur Kelate kita ada hamba Allah, nickname Pok Le nih. (Pak Lan). Sekurang-kurangnya dia boleh tolong pelancong-pelancong mat Salleh melancong di Kota Bharu especially mat salleh yg berbahasa bukan English. Dan sikapnya yang friendly dan suka bergurau membuat mereka selesa dengannya. Pok Le oyak, dia boleh kecek 5 bahasa antaranya Deutsch dan French.

Lokasi: Pusat Penerangan Pelancongan Kelantan, Jalan Sultan Ibrahim

Visit Kelantan 2014

‘Loyar’ Wrigglesworth

Source: The Malaysian Bar

Datuk HL Wrigglesworth. Ambo rasa ore Koto Baru yg lahir tahun 1980s dan sebelumnya sangat familiar dengan nama mendiang malah ada yg pernah berjumpa dengannya. Tapi ambo agak bernasib malang sbb tak pernah jumpa mendiang, cuma masa kecik-kecik dulu gi main kat taman dan jambatan kayu dalam kawasan rumah beliau bersama saing-saing dan sepupu2. Tapi tak pernah jupok tuan pon.

Mendiang adalah seorang peguam yg sangat tersohor di Kota Bharu sejak tahun 1950an lagi. Mendiang dilahirkan pada 2hb Mac 1918 berasal dari Yorkshire, England dan menjejak kaki ke Kelate pada tahun 1948. Mendiang  yg sebelumnya pernah bertugas di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang telah mengambil keputusan untuk terus menetap di bumi Kelate dengan membeli tanah di Taman Uda Murni pada tahun 1983. Lokasi rumahnya sangat cantik, halaman yg luas, tepi anak Sungai Keladi  dan dibina jambatan kayu berbentuk lengkung. Dan paling menarik, mendiang tidak menghalang sesiapa pun untuk masuk ke halaman dan bermain di situ. Itu lah antara sifat-sifat murni mendiang. Continue reading ‘Loyar’ Wrigglesworth